Tuesday, 18 August 2020

Kehidupan Bermula

 Jun 2015

Semua bermula apabila mardia memulakan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur.  Di hari pendaftaran Mardia hadir ke sesi pendaftaran bersama ibunya Puan Nita. Pendaftaran mengambil masa kira-kira 2 jam dan akhirnya Mardia mula mengangkat barang-barangnya ke kolej.  Setelah selesai mengangkat barang, Puan Nita mula berlalu pulang dan kini hanya Mardia sendiri di biliknya sambil memandang katil sebelah. Mardia berfikir siapakah yang akan menjadi "roomate"nya nanti. Mardia mula mengemas barang-barang untuk dimasukkan kedalam almari.

Seorang gadis kecil molek masuk ke dalam bilik dan duduk di katil bersebelahan Mardia dan mula memperkenalkan dirinya kepada Mardia.  Dengan suara yang lembut dan halus, "nama saya Tirah" sapa beliau. Lalu Mardia juga memperkenalkan dirinya.  10 minit kemudian seorang gadis tinggi lampai masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik belakang.  Mardia merupakan seorang gadis yang agak kasar dan tidak bercampur dengan orang.  Tetapi kali ini beliau memberanikan diri untuk bertegur dengan housemate yang sama-sama merupakan pelajar baru disitu. 

"Assalamuaikum, nama saya Mardia" sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.  Lalu gadis tinggi lampai tersebut menyambut tangan Mardia dan memperkenalkan dirinya sebagai kak Ika, kerana beliau telah berusia 22 tahun berbanding kami yang rata-rata berumur 18 tahun.

Lalu datang seorang gadis kecil berkulit putih menyapa Mardia dan kak Ika, "Hye nama saya Mira", lalu Mardia dan kak Ika menyambut baik kedatangan  Mira. Setelah berborak agak lama, Mardia, kak Ika dan Mira mula untuk bersiap-siap bagi sesi orientasi bagi pelajar baharu.

No comments:

Post a Comment

Kawan Baru

 "Assalamualaikum, nama saya faiz", "Hye nama saya aina", "Salam, nama saya Fakhri", "Hye, salam nama say...