Tuesday, 18 August 2020

Kawan Baru

 "Assalamualaikum, nama saya faiz", "Hye nama saya aina", "Salam, nama saya Fakhri", "Hye, salam nama saya Maya" dan beberapa orang pelajar mula memperkenalkan diri mereka sehingga tiba giliran mardia memperkenalkan dirinya. "Assalamualaikum, nama saya mardia, saya dari Selangor." dan di sinilah kisah bermula... "Assalamualaikum, nama saya Amir"

Keesokan hari, setiap kumpulan semakin sibuk bagi menjayakan tugasan short parody yang diberikan kepada setiap kumpulan. Tidak kurang juga, group Mardia mula mula berbincang sketsa parody apa yang akan dilakonkan malam ini.  Bermulalah detik perkenalan di antara Mardia juga Amir. Mardia dan Amir duduk bersebelahan dan mula membincangkan tentang sketsa.

"Kau dari mana?" tanya Amir kepada Mardia. lalu Mardia menjawab "Aku dari Puchong. Kau?" "Kedah" jawab Amir. Lalu Mardia dan Amir mula bercerita tentang diri masing2. Sekolah, result SPM, course yang diambil di kolej ini. Perbualan Mardia dan Amir semakin rancak lalu di jerkah oleh Faiz, "woyy pikir2, bukan dating. Nak sesi perkenalan, nanti malam eh" lalu satu group mentertawakan Mardia dan Amir. Mardia mula menundukkan muka kerana malu.

Malam telah tiba, dewan mula di kerumuni oleh pelajar-pelajar dengan berbagai kostum bagi menjayakan sketsa mereka. Pelbagai sketsa komedi yang dilakonkan oleh mereka, ada yang kelakar ada juga yang sedih, tidak ketinggalan ada yang thrill. Setelah selesai semua kumpulan membuat persembahan, tibalah masa bagi mengumukan Juara sketsa parodi.


No comments:

Post a Comment

Kawan Baru

 "Assalamualaikum, nama saya faiz", "Hye nama saya aina", "Salam, nama saya Fakhri", "Hye, salam nama say...