Tepat pukul 7:30 malam , Mardia, kak Ika, Mira dan Tirah turun untuk ke dewan bagi mengambil nama dan terus ke surau kolej bagi menunaikan solat fardu maghrib. Setelah selesai solat, mereka pon pergi ke dewan kolej untuk berkumpul dan mendengar sesi taklimat bersama abang dan kakak facilitator mengenai kolej dan kursus yang disediakan. Setelah itu, giliran warden unuk memberi taklimat kepada pelajar-2 baru mengenai peraturan yang ada. Jam menunjukkan tepat 11:00 malam dan taklimat bersambung pada keesokan harinya. Kesemua pelajar pulang ke kolej masing2.
Keesokan harinya, tepat 6:00 pagi kesemua pelajar diminta untuk berkumpul di surau dan solat berjemaah. Pelajar dibenarkan pulang ke kolej selama 15 minit sahaja bagi mengganti pakaian untuk meneruskan sesi orientasi bersama pensyarah2 dan dean.
Setelah 4 hari sesi orientasi dijalankan, kini tibalah di mana hari sesi perkenalan bermula dia antara pelajar baharu. Abang dan kakak fasi mula mengagihkan kertas kecil yang bertulis nama buah-buahan tempatan dan keempat-empat mereka mendapat group yang berbeza. Kesemua pelajar mula membuat bising bagi mencari kumpulan masing2.
Mardia memulakan langkah untuk mencari kumpulannya iaitu "Durian". Tiba2 ada seorang gadis memanggil "Mardia, mardia, nih aku ain". Ain merupakan kawan Mardia ketika bekerja setelah tamat persekolahan. Ain bertanya kepada Mardia "kau dapat group apa Mardia? Jom tukar dengan aku", Mardia menolak prmintaan Ain secara lembut lalu Mardia beransur pergi meninggalkan Ain.
"Durian ! Durian ! Durian!" Mardia menoleh kebelakang lalu bertanya kepada fasilitator "ini group durian ke?" dan "ya" itu jawapan diberikan. Mardia pon berkumpul di dalam bulatan kumpulan itu. Setelah kesemua pelajar telah berada bersama group masing2, fasilitator meminta kesemua pelajar untuk memperkenalkan diri mereka kepada group masing2.
Bermulalah sesi perkenalan antara mereka semua.
No comments:
Post a Comment