Tuesday, 18 August 2020

Kawan Baru

 "Assalamualaikum, nama saya faiz", "Hye nama saya aina", "Salam, nama saya Fakhri", "Hye, salam nama saya Maya" dan beberapa orang pelajar mula memperkenalkan diri mereka sehingga tiba giliran mardia memperkenalkan dirinya. "Assalamualaikum, nama saya mardia, saya dari Selangor." dan di sinilah kisah bermula... "Assalamualaikum, nama saya Amir"

Keesokan hari, setiap kumpulan semakin sibuk bagi menjayakan tugasan short parody yang diberikan kepada setiap kumpulan. Tidak kurang juga, group Mardia mula mula berbincang sketsa parody apa yang akan dilakonkan malam ini.  Bermulalah detik perkenalan di antara Mardia juga Amir. Mardia dan Amir duduk bersebelahan dan mula membincangkan tentang sketsa.

"Kau dari mana?" tanya Amir kepada Mardia. lalu Mardia menjawab "Aku dari Puchong. Kau?" "Kedah" jawab Amir. Lalu Mardia dan Amir mula bercerita tentang diri masing2. Sekolah, result SPM, course yang diambil di kolej ini. Perbualan Mardia dan Amir semakin rancak lalu di jerkah oleh Faiz, "woyy pikir2, bukan dating. Nak sesi perkenalan, nanti malam eh" lalu satu group mentertawakan Mardia dan Amir. Mardia mula menundukkan muka kerana malu.

Malam telah tiba, dewan mula di kerumuni oleh pelajar-pelajar dengan berbagai kostum bagi menjayakan sketsa mereka. Pelbagai sketsa komedi yang dilakonkan oleh mereka, ada yang kelakar ada juga yang sedih, tidak ketinggalan ada yang thrill. Setelah selesai semua kumpulan membuat persembahan, tibalah masa bagi mengumukan Juara sketsa parodi.


Orientasi

 Tepat pukul 7:30 malam , Mardia, kak Ika, Mira dan Tirah turun untuk ke dewan bagi mengambil nama dan terus ke surau kolej bagi menunaikan solat fardu maghrib.  Setelah selesai solat, mereka pon pergi ke dewan kolej untuk berkumpul dan mendengar sesi taklimat bersama abang dan kakak facilitator mengenai kolej dan kursus yang disediakan. Setelah itu, giliran warden unuk memberi taklimat kepada pelajar-2 baru mengenai peraturan yang ada. Jam menunjukkan tepat 11:00 malam dan taklimat bersambung pada keesokan harinya. Kesemua pelajar pulang ke kolej masing2.

Keesokan harinya, tepat 6:00 pagi kesemua pelajar diminta untuk berkumpul di surau dan solat berjemaah. Pelajar dibenarkan pulang ke kolej selama 15 minit sahaja bagi mengganti pakaian untuk meneruskan sesi orientasi bersama pensyarah2 dan dean. 

Setelah 4 hari sesi orientasi dijalankan, kini tibalah di mana hari sesi perkenalan bermula dia antara pelajar baharu. Abang dan kakak fasi mula mengagihkan kertas kecil yang bertulis nama buah-buahan tempatan dan keempat-empat mereka mendapat group yang berbeza. Kesemua pelajar mula membuat bising bagi mencari kumpulan masing2. 

Mardia memulakan langkah untuk mencari kumpulannya iaitu "Durian". Tiba2 ada seorang gadis memanggil "Mardia, mardia, nih aku ain". Ain merupakan kawan Mardia ketika bekerja setelah tamat persekolahan. Ain bertanya kepada Mardia "kau dapat group apa Mardia? Jom tukar dengan aku", Mardia menolak prmintaan Ain secara lembut lalu Mardia beransur pergi meninggalkan Ain.

"Durian ! Durian ! Durian!" Mardia menoleh kebelakang lalu bertanya kepada fasilitator "ini group durian ke?" dan "ya" itu jawapan diberikan. Mardia pon berkumpul di dalam bulatan kumpulan itu. Setelah kesemua pelajar telah berada bersama group masing2, fasilitator meminta kesemua pelajar untuk memperkenalkan diri mereka kepada group masing2.

Bermulalah sesi perkenalan antara mereka semua.

Kehidupan Bermula

 Jun 2015

Semua bermula apabila mardia memulakan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur.  Di hari pendaftaran Mardia hadir ke sesi pendaftaran bersama ibunya Puan Nita. Pendaftaran mengambil masa kira-kira 2 jam dan akhirnya Mardia mula mengangkat barang-barangnya ke kolej.  Setelah selesai mengangkat barang, Puan Nita mula berlalu pulang dan kini hanya Mardia sendiri di biliknya sambil memandang katil sebelah. Mardia berfikir siapakah yang akan menjadi "roomate"nya nanti. Mardia mula mengemas barang-barang untuk dimasukkan kedalam almari.

Seorang gadis kecil molek masuk ke dalam bilik dan duduk di katil bersebelahan Mardia dan mula memperkenalkan dirinya kepada Mardia.  Dengan suara yang lembut dan halus, "nama saya Tirah" sapa beliau. Lalu Mardia juga memperkenalkan dirinya.  10 minit kemudian seorang gadis tinggi lampai masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik belakang.  Mardia merupakan seorang gadis yang agak kasar dan tidak bercampur dengan orang.  Tetapi kali ini beliau memberanikan diri untuk bertegur dengan housemate yang sama-sama merupakan pelajar baru disitu. 

"Assalamuaikum, nama saya Mardia" sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.  Lalu gadis tinggi lampai tersebut menyambut tangan Mardia dan memperkenalkan dirinya sebagai kak Ika, kerana beliau telah berusia 22 tahun berbanding kami yang rata-rata berumur 18 tahun.

Lalu datang seorang gadis kecil berkulit putih menyapa Mardia dan kak Ika, "Hye nama saya Mira", lalu Mardia dan kak Ika menyambut baik kedatangan  Mira. Setelah berborak agak lama, Mardia, kak Ika dan Mira mula untuk bersiap-siap bagi sesi orientasi bagi pelajar baharu.

Monday, 17 August 2020

Mula dan Akhir


Setiap pengakhiran pasti ada permulaan. Begitu jugak sebaliknya. Apabila kita bersedia untuk menerima seseorang atau sesuatu dalam hidup kita, ketahuilah kita juga harus siap sedia untuk kehilangannya. Cumaa masa yang akan menentukan bila, bagaimana, berapa lama masa yang kita ada. 

Seperti senja yang pasti akan hadir lalu malam yang akan mengambil alih, tika itu bermulalah 1 kisah yang pedih.

Me Myself & I



Assalamualaikum, this is my very first time untuk menulis blog. Purpose Ir menulis dalam blog hanya untuk suka2   and how Ir express what I feel and what I see.

So, this will be a place yg Ir akan spent all my time.

Hmm, let's begin !

Kawan Baru

 "Assalamualaikum, nama saya faiz", "Hye nama saya aina", "Salam, nama saya Fakhri", "Hye, salam nama say...